Wednesday 18 June 2014

NAMA MU NAMA KU

Di atas batu bongkah ini
ku lakar kan nama kita berdua
supaya menjadi kenangan
di masa yang akan datang..

supaya nama kita menjadi
bualan anak cucu nanti
bila kita sudah tiada lagi
biar menjadi ikutan pada mereka.

kita pasangan yang sungguh bahagia
pasangan yang sering buat mereka cemburu
pasangan yang romantik dan ideal sekali
kita sering di perhati setiap hari..

hingga ada yg terlalu cemburu
hingga sanggup menabur fitnah
mereka cuba hendak memisahkan
namun tak semudah itu kita terlerai..

Penyatuan dua jiwa yg suci
penyatuan jiwa yg indah
seia sekata dalam hubungan
setia tetap setia walau seribu yg menghalang..

tertutup mulut ku pabila
mendengar kau sanggup berbuat
apa sahaja utk ku
sanggup berkorban nyawa demi cinta kita..

terima kasih Ya Allah
atas segala nikmat yang kau
telah berikan pada kami
sehingga kami menjadi pasangan romantis..

tiada istilah sengketa
tiada istilah marah pada diri kita
semua yg di lakukan bersama
tiada jua rahsia antara kita..

AKU CINTA PADA MU SAYANG..

No comments:

Post a Comment