Wednesday 18 June 2014

INSAN SEJAGAT

Di keheningan subuh ini
ku merungkaikan persoalan
yang sering bermain di fikiran
yang sering menganggu jiwaku..

persoalan yg belum penah terjawap
persoalan yg tiada siapa berani menjawap
siapa kah kau utk aku
siapa kah kau utk mencari rahsia peribadi ku..

perungkaian ini hanya Allah yg berhak
mengetahui dan mengenali siapa aku
aku adalah insan biasa seperti kamu
aku adalah umat Muhammad seperti kamu jua...

tiada beda nya cuma jantina yg berlainan
selebihnya sama sahaja
mungkin beda kita aku punya segalanya
punya keluarga yg utuh dan teguh...

aku lebih menitikkan nilai2 kasih sayang
kerna dgn kasih sayang lah
jiwa kita akan merasa kenikmatan
dan merasa kepuasan dan kegembiraan..

usah kita mencemburui akan seseorang
sebab Allah sudah meletakkan diri
kita di tahap yang mana
kelebihan yg di miliki juga berbeda..

perlu kah kita bermusuhan
perlukah kita mengata mengeji
menghina mencaci memfitnah
apakah itu makanan harian kamu semua..

wahai sekelian
sedar lah bahawa perjalanan hidup
kita tidak lama mana pun
sampai masa kita semua akan di jemput..

berzikir lah..
bermunajat lah..
bertaubat lah..
bersilaturahim lah sesama islam...
satu agama yg suci...indah...harmoni..

No comments:

Post a Comment